KENAPA PERLU TAHU BACA PENYATA KEWANGAN?
Penyata kewangan bukan sekadar untuk hantar laporan kepada SSM, audit syarikat dan bayar cukai. Ini contoh-contoh maklumat yang kita boleh dapat jika tahu baca dan tafsir penyata kewangan:
1. Sales naik tetapi bisnes rugi. Tidak sedar ada kos yang naik terlalu tinggi. Penyata kewangan boleh tunjuk kos mana yang tinggi.
2. Pertambahan kos sedikit demi sedikit akhirnya dari profit menjadi loss. Penyata kewangan boleh tunjuk kos mana yang semakin tinggi dari bulan ke bulan.
3. Duit banyak dalam akaun tetapi sebenarnya banyak hutang belum bayar; hutang pembekal, pinjaman, consignment. Penyata kewangan boleh tunjuk hutang siapa yang kita belum bayar dan jumlah hutang itu.
4. Buat keputusan untuk naikkan harga jualan atau tidak apabila COGS naik. Penyata kewangan boleh tunjuk mana satu produk yang kosnya sudah naik dan makan margin untung.
5. Jaga working capital, Return on equity supaya bisnes ada nilai kepada pihak ketiga; dapatkan fasiliti bank, jual bisnes. Penyata kewangan boleh tunjuk adakah working capital kita semakin bertambah atau semakin sedikit.
6. Adakah asset yang dibeli memberikan return yang berbaloi? Atau patut dicairkan sahaja. Penyata kewangan boleh tunjuk kesihatan setiap aset yang menjadi beban atau menjana keuntungan.
7. Penyata kewangan boleh tunjuk stock yang lambat dijual, dah expired dan tak laku. Kita boleh lelong atau buat clearance sales lebih awal sebelum stock expired.
8. Current asset yang tidak bagus apabila ia datang dari debtors (hutang) yang tak dapat collect. Penyata kewangan boleh tunjuk siapa yang tidak bayar hutang kepada kita terutama bisnes yang selalu beri consignment. Kita boleh buat tindakan segera untuk collect hutang lama sebelum jadi hutang lapuk atau hutang tidak dapat dituntut.
KITA WAJIB BACA & TAFSIR
ANGKA-ANGKA DALAM PENYATA KEWANGAN
SUPAYA KITA DAPAT BUAT KEPUTUSAN
YANG BETUL KE ATAS BISNES
BARULAH KOS KITA BAYAR AKAUNTAN
SEDIAKAN PENYATA KEWANGAN JADI BERBALOI!!